KURSUS INI AKAN MEMPERKENALKAN BIDANG KELAKUAN HAIWAN MELALUI PENGHAYATAN SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BIDANG INI, TERUTAMANYA DARIPADA SEGI SUMBANGAN PAKAR AWAL PENYELIDIKAN KELAKUAN HAIWAN SEPERTI NIKO TINBERGEN DAN KONRAD LORENZ. KURSUS INI KEMUDIAN MENJURUS PELAJAR UNTUK MEMAHAMI DUA PENDEKATAN UTAMA DALAM BIDANG KELAKUAN HAIWAN, IAITU PENDEKATAN MUTLAK DAN PENDEKATAN PROKSIMAT. PERBEZAAN, KELEMAHAN DAN KEBAIKAN KEDUA PENDEKATAN INI AKAN DIBINCANGKAN. HUBUNGKAIT KELAKUAN HAIWAN DENGAN BIDANG GENETIK, EVOLUSI DAN EKOLOGI JUGA AKAN DITEKANKAN. KONSEP KELAKUAN HAIWAN DALAM PEMAKANAN, PERLINDUNGAN, PEMANGSAAN, PERGAULAN DAN PEMBIAKAN HAIWAN JUGA AKAN DITELITI.
- Lecturer: DR. KHAIRONIZAM BIN MD ZAIN
- Lecturer: DR. SEBASTIEN BERNARD FRANCIS LAVOUE
Skill Level: Beginner