KURSUS INI IALAH KURSUS YANG BERORIENTASIKAN TEORI DAN KAEDAH KHUSUSNYA BAGI KESUSASTERAAN BANDINGAN. IA BERTUJUAN MEMBERI PENGETAHUAN YANG KRITIS KEPADA PARA PELAJAR TENTANG TEORI-TEORI DAN KAEDAH-KAEDAH UTAMA YANG TERDAPAT DALAM PENGAJIAN KESUSASTERAAN BANDINGAN SEBAGAI SATU DISIPLIN PENGAJIAN KESUSASTERAAN. PERTAMANYA, IA AKAN MEMBINCANGKAN ASPEK TEORITIS YANG MELIPUTI SOAL-SOAL DEFINISI, SIFAT DAN BIDANG PENGKAJIAN. INI AKAN MENYENTUH JUGA SEJARAH PERKEMBANGAN DISIPLIN. KEMUDIANNNYA IA AKAN MENJURUS PULA KEPADA ASPEK KAEDAH. KAEDAH-KAEDAH YANG AKAN DIBINCANGKAN TERMASUKLAH KAEDAH-KAEDAH YANG DIGUNAKAN UNTUK KAJIAN-KAJIAN TEMATIK, PERIODISASI, ASAL-USUL, PENGARUH, UNTUNG NASIB KARYA, KESELARIAN DAN PERHUBUNGAN KARYA SASTERA DENGAN BUKAN SASTERA. PARA PELAJAR AKAN DIPERKENALKAN JUGA DENGAN BEBERAPA TEORI KRITIS YANG TELAH MASUK KE DALAM KAJIAN PERBANDINGAN DAN PERKEMBANGAN MUTAKHIR DISIPLIN TERSEBUT.
Skill Level: Beginner